Wondering

Aku selalu terfikir, apa akan jadi pada masa hadapan? 
        Sebenarnya, dah lama aku putus asa dengan hidup ni. Bermula daripada tingkatan empat, aku cukup masak dengan perangai manusia. Aku sangat kecewa kerana tanggapan aku pada apa yang aku ingin kecapi langsung tidak sama. Setelah aku usaha bersungguh-sungguh untuk menukar sekolah yang lebih baik, aku berjaya namun aku menyesal. Walaupun aku berjaya masuk ke sekolah berasrama di tempat yang aku inginkan, tetapi disebabkan oleh perangai yang aku tidak sangka yang ada pada kelompok2 di situ, membuatkan aku tidak ingin berjaya lagi. Aku langsung tidak peduli tentang peperiksaan, keputusan dan kehidupan akan datang semenjak itu. Aku telah minta banyak kali untuk pindah semula ke sekolah lama ku, tetapi disebabkan sekolah baru yang dikagumi ramai dari luarannya itu, aku berada di sana sehingga hujung tahun. Aku dapat tukar semula ke sekolah lama dengan menggunakan alasan pembedahan yang aku jalani pada akhir tahun itu. Aku sangat bersyukur, setidak-tidaknya ada kawan aku untuk membangkitkan semula semangat aku. Tapi, semangat itu tidak seperti dulu lagi. Hati aku sangat sakit, dan aku berubah menjadi orang yang seakan-akan tidak peduli langsung tentang hidup. Kalau aku masih berada di asrama itu, aku memang tak akan ke mana-mana kerana aku telah berjanji untuk tidak menjawab langsung peperiksaan spm.
         Aku tidak mahu menceritakan apa yang terjadi kerana aku tidak mahu mengaibkan sesiapa. Dan ini yang membuatkan aku tertekan kerana 'aib' perlu dijaga. Aku cuba untuk memaafkan dan terima, tetapi seperti ada pagar yang dikunci rapat dan penuh dengan akar-akar yang berduri yang menghalang. Ini juga mendatangkan pelbagai kesan yang buruk pada aku sekarang. Aku tidak boleh belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang terbaik kerana aku takut jika langkahku seterusnya bertemu dengan manusia yang dilabelkan hebat dan berjaya seperti di asarama ku dulu. Aku juga sudah tidak mahir dan juga ada kemahuan dalam bersosial. Walaupun aku berada bersama kenalan aku yang sudah bertahun lamanya, aku seperti kebingungan untuk berkomunikasi dengan mereka. Aku tidak tahu perlu cakap apa, bagaimana hendak hiburkan mereka dan paling parah sekali ialah menyayangi mereka sebetul-betulnya. Aku sangat risau akan diriku sendiri. Apa yang perlu aku buat?
        Sekarang, setiap kali ada peperiksaan aku tidak serius. Aku jawab main-main, tidak mempunyai target yang terbaik dan hanya mengharapkan untuk lepas sahaja hanya kerana aku tidak mahu ulang semula belajar subjek yang sama. Aku ingin berjaya tetapi keinginan itu tidak sama seperti dulu. Semasa darjah enam, walaupun aku bermula dengan keputusan yang tidak dikategorikan dalam kalangan 'murid target', tetapi akhirnya aku berjaya dengan keputusan yang terbaik. Sama seperti sewaktu aku tingkatan tiga, pun begitu. Aku boleh dan mampu menjadi yang terbaik hanya jika ada kemahuan. Namun kini, semuanya sudah pudar dan hilang entah ke mana.
        
Tolonglah aku...aku tak tahu apa yang aku perlu buat..Aku hanya mengharapkan seseorang untuk hadir kembalikan aku yang dulu yang tidak pernah mengalah dan boleh memandang semua orang itu baik. Aku sangat kecewa dan menyalahkan apa-apa dan sesiapa tiada gunanya lagi. Suntiklah kata-kata positif pada orang yang berada di sekeliling, kerana anda tidak pernah tahu apa yang dilaluinya. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Empty