Wondering
Aku selalu terfikir, apa akan jadi pada masa hadapan? Sebenarnya, dah lama aku putus asa dengan hidup ni. Bermula daripada tingkatan empat, aku cukup masak dengan perangai manusia. Aku sangat kecewa kerana tanggapan aku pada apa yang aku ingin kecapi langsung tidak sama. Setelah aku usaha bersungguh-sungguh untuk menukar sekolah yang lebih baik, aku berjaya namun aku menyesal. Walaupun aku berjaya masuk ke sekolah berasrama di tempat yang aku inginkan, tetapi disebabkan oleh perangai yang aku tidak sangka yang ada pada kelompok2 di situ, membuatkan aku tidak ingin berjaya lagi. Aku langsung tidak peduli tentang peperiksaan, keputusan dan kehidupan akan datang semenjak itu. Aku telah minta banyak kali untuk pindah semula ke sekolah lama ku, tetapi disebabkan sekolah baru yang dikagumi ramai dari luarannya itu, aku berada di sana sehingga hujung tahun. Aku dapat tukar semula ke sekolah lama dengan menggunakan alasan pembedahan yang aku jalani pada akhi...